Thursday, March 24, 2011

Percubaan Bunuh Diri di KB MALL. Orang Kita Dah Gila Agaknya!


  • Beberapa hari lepas saya dan isteri baru sahaja berbincang mengenai orang sakit jiwa. Ujar beliau, ramai orang Malaysia kini semakin hari semakin sakit jiwanya.

  • Contoh pertama, bila ada kemalangan, bukannya kita nak selamatkan orang, tapi dok tengok apa yang ada di ruang simpanan barangnya. Kalau ada lori bawak barang lagi bagus. Boleh dikerjakan barang itu.

  • Beberapa bulan lepas, ada lori pick-up terbalik di lebuhraya membawa syiling berjumlah RM70 ribu bertaburan di jalan raya. Maka ramailah makhluk-makhluk datang untuk mengutip syiling itu walaupun bukan milik mereka.

  • Semalam satu lagi kes menjelma iaitu percubaan untuk membunuh diri oleh seorang gadis di KB MALL. Saya dapat merasakan yang gadis berkenaan adalah gadis melayu memandangkan di Kelantan demografinya adalah lebih ramai yang berbangsa melayu. Video saat-saat mendebarkan boleh anda tonton disini.
  • (gambar hiasan sahaja)

  • Antara sebab-sebab yang diberikan mengapa gadis berkenaan cuba membunuh diri adalah mungkin sebab telah putus cinta dan ada juga yang memberitahu yang gadis berkenaan gagal dalam peperiksaan SPM nya.
  • Sebagai orang kebanyakkan yang mempunyai tahap pendidikan dan keimanan yang biasa, saya berpendapat sudah tiba masanya kita semua menilai semula mengapa keadaan ini boleh terjadi. Ini kerana keadaan ini sudah sampai satu tahap dimana manusia tidak lagi menghargai KEHIDUPANNYA dan bersifat MATERIALISTIK terhadap kehidupan duniawi.
  • Sudah sampai masanya kita semua cuba mencari jalan penyelesaian agar perkara-perkara sebegini dapat dikurangkan dan juga kalau boleh dapat dihapuskan terus.
  • Oleh yang demikian saya juga turut cadangkan agar sesiapa yang merasakan diri mereka stress dan ada bisik-bisik jahat kedengaran di telinga mereka untuk membunuh diri, Cepat-cepatleh menghubungi organisasi ini:

BEFRIENDERS
Call us at 03-79568144 or 03-79568145

E-mail us at sam@befrienders.com.org

Address:95 Jalan Templer 46000,

Petaling Jaya, Malaysia

  • Disamping itu juga, saya berharap agar pelajar-pelajar yang menuntut dalam bidang Psychology juga turut membantu membuat kajian mengapa begitu ramai orang-orang kita yang kini sakit jiwanya. Ini kerana golongan ini amat berisiko untuk mengakibatkan ramai orang lain juga turut dirundung kemalangan disebabkan golongan ini nampak OK dari luar tapi bermasaalah dari dalam dirinya.
  • Akhir sekali, kesihatan manusia bukan hanya disudut fizikannya, malahan kesihatan mental juga amat penting untuk kita menjayakan wawasan negara, bangsa dan agama.

SEE--DO--Evaluate--Pray

No comments:

Post a Comment