Friday, July 1, 2011

Surat kepada Dato' Ambiga

Kepada Dato' Ambiga yang dihormati,

Saya memohon sangatlah agar demo bersih 2.0 yang diketuai oleh Dato' di tukarkanlah ke tarikh yang lain. Ini kerana adik saya Arenis Wanies mahu melangsungkan pertunangannya dengan Sapuan Arshad pada tarikh keramat berkenaan.

Sekiranya Dato' masih juga mahu meneruskan hajat Dato' maka ada kemungkinan adik saya dan tunangnya terpaksa pula menunda pertunanganya ke tarikh yang lain. Ini kerana mereka khuatir akan keselamatan keluarga mereka yang akan melalui pusat bandar KL dimana kesemua peserta-perserta ini akan membuat demo bersih 2.0 yang diketuai Dato'.

Malangnya, jika perkara ini masih mahu diteruskan, maka sedihlah saya kerana telah bertungkus lumus menyediakan semua kelengkapan untuk majlis berkenaan. Isteri saya juga turut sedih kerana telah 3 hari 3 malam tak tidur menyiapkan barang hantaran adik saya.

Sehubungan dengan itu, saya mohon sangatlah agar Dato' mempertimbangkan permintaan rakyat biasa seperti saya ini.

Sekian terima kasih.

Azmir Husni
Abang orang yang nak bertunang