Friday, March 11, 2011

Long Live Abg Jamal

  • Semalam layan "ter"layan video Jamal Abdillah. Rindu pada suara orang Teluk Intan nie. Layan punya layan tertengok video ini. Tak tau lak yang Abg Jamal nie pandai main piano. Baru semalam aku tau
  • Bila dia nyanyi lagi tuh bergenang air mata aku mendengar lirik lagu tu. Memang jarang pun dengar lagu nie. Tapi memang betulah kata orang sekarang nie kita kekurangan penulis lirik yang berwibawa macam Datuk Ahmad Nawab.
  • Dan yang paling ketara ialah memang kita sebenarnya dah takde penyanyi pop lelaki melayu yang setanding dengan Jamal. Kalau Dunia memuja Micheal Jackson, aku turut memuja Jamal sebagai raja pop Melayu.
  • Kesian juga melihat dia menahan sakit semasa menyanyi lagu nie. Tengah sakit pun suara masih power. Kalau tak sakit, mesti lagi bestkan??? Kadang-kadang ujian tuhan tu datang dalam pelbagai bentuk. Kita harus hadapinya dengan tabah dan diselangi dengan doa dan solat.
Malam ini akulah seniman
Setelah kita putuskan tunangan
Tiada kawan yang dapat meneka
Ku berduka...

Ku berikan majlis bergembira
Ku tertawa, minum dan berdansa
Hingga diri yang sedang berduka
Tak percaya...

Aku tersenyum ku tersenyum
Dan berdansa... ha...
Ku berdansa ku berdansa
Bagai nak gila...
Ku ikut tertawa bersama
Kawan dinda... ha...
Tapi engkau tahu ku hanya berpura

Tapi dinda
Bila kawan ku pulang
Seniman ini duduk keseorangan
Hampa hiba mengenangkan dirimu
Oh dinda...

Tapi dinda
Apabila tabir ditutup oh...
Lampu-lampu gelap-gelita
Ku keseorangan...

Kalau kau berada...
dibelakang tabir menyaksikan
Kau akan melihat
Seniman ini Menangis...



SEE---DO---EVALUATE---PRAY

No comments:

Post a Comment