Monday, March 14, 2011

Pengajaran dan Kesan dari Tsunami di Jepun



  • Minggu Lepas, Jepun telah dilanda gempa bumi dengan ukuran 8.9 skala richter yang mengakibatkan Tsunami terbentuk dan telah memusnah bandar-bandar sekitar pantai di Jepun. Gempa bumi ini adalah yang paling teruk dalam sejarah negara mereka sejak 140 tahun dahulu. Bandar yang teruk terjejas ialah Miyagi dan Sendai disebelah Timur Laut Jepun.

(gambar hiasan dari ohduniaku.com & Google)

  • Pertama, Kejadian gempa bumi yang berskala besar semestinya akan mengakibatkan Tsunami. Di Indonesia sebelum ini gempa berukuran 7.7 skala richter juga turut mengakibatkan tsunami yang maha dashyat. Oleh yang demikian, kita boleh simpulkan disini bahawa gempa bumi yang lebih dari 6 skala richter berkemungkinan akan mengakibatkan tsunami dan amaran awal tsunami boleh juga diaktifkan setalah mengenal pasti gempa yang sebesar ukuran yang dimaksudkan.

  • Kedua, Amaran awal juga boleh membantu penduduk disekitar pantai untuk menyelamatkan diri mereka dari terperangkap dalam tsunami yang melanda. Mengikut beberapa laporan media antarabangsa, pihak berkuasa Jepun telah pun memberi amaran awal lebih kurang 10-15 minit sebelum tsunami atau ombak besar berkenaan menghempas ke pantai bandar-bandar berkenaan. Disini dapat kita lihat keberkesanan amaran ini dimana sekurang-kurangnya nyawa boleh diselamatkan berbanding dengan Tsunami di Indonesia dan di Sri Lanka dimana kita lihat dari rakaman video saat-saat akhir kehidupan seseorang terkapai-kapai dalam lautan tsunami tanpa dapat dibantu oleh sesiapa pun.

  • Ketiga, rakyat jepun itu sendiri adalah rakyat yang berdisiplin. Bila terjadinya musibah, mereka semua tanpa mengira fahaman politik bangkit membantu antara satu sama lain. Mereka juga tidak pernah menolak bantuan dari orang lain dan tidak pernah mendabik dada bahawa pasukan keselamatan mereka tidak memerlukan bantuan dari pihak luar. Ini berbeza dengan keadaan banjir di Kedah. Setalah banjir berlarutan, kerajaan persekutuan mulalah menyalahkan kerajaan negeri dan kerajaan negeri juga turut memboikot tindakan kerajaan persekutuan. Perkara ini bolehlah kita hindarkan dan kita harus contohi bagaimana pihak berkuasa Jepun menangani bencana alam tanpa menuding jari, tanpa mencari salah orang dan tanpa mengira siapa yang patut dibantu.
  • Keempat, masalah baru untuk kerajaan Jepun adalah untuk memastikan tiada kejadian tidak diingini setelah letupan salah sebuah reaktor nuklear mereka di Fukushima. Dengan terjadinya letupan ini, Perdana Menterinya Naoto Kan menyatankan bahawa bencana ini adalah yang kedua terbesar selepas bencana perang dunia kedua. Bagi Malaysia, kita seharusnya menimbang semula untuk membina reaktor nuklear setelah melihat apa yang terjadi di Jepun. Mungkin pada masa akan datang pihak-pihak yang berkepentingan dengan nuklear akan memperketatkan mana-mana pembinaan reaktor nuklear dimana-mana pun. Selain itu, Jepun yang bergitu sistematik pun turut mengalami masalah apabila berdepan dengan situasi ini, apatah lagi kita yang agak kurang pengetahuan dan pengalaman. Pastinya lebih banyak masalah yang akan kita hadapi kelak.
  • Kelima, Menurut Timbalan Menteri Perdaganngan Antarabangsa and Industri Datuk Mukhriz Mahathir, Ekonomi Malaysia akan turut mengalami kesannya dimana Malaysia adalah rakan dagangan yang besar bagi jepun dan Jepun pula adalah antara rakan dagangan yang terbesar bagi malaysia juga. Antara kesan yang dilihat kini adalah kenaikan harga minyak bagi tempahan bulan April yang telah pun mencecah lebih dari USD100 per tong. Kesannya ialah banyak juga harga-harga lain dijangka akan melambung dan sehubungan dengan itu, disarankan agar Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan agar mempergiatkan pemantauan harga barang diseluruh Malaysia agar pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab yang menaikan harga barangan tidak akan menaikan harga barang-barang mereka sesuka hati.
  • Akhir sekali, marilah kita berdoa agar Jepun serta rakyatnya tenang menghadapi dugaan ini dan mereka dapat meningkat semangat mereka membina semula negara mereka seperti mana yang telah mereka lakukan seselepas perang dunia ke dua dahulu. Kami tahu Jepun dan rakyat mampu menghadapi rintangan ini.

    See--Do--Evaluate--Pray

No comments:

Post a Comment