Monday, April 9, 2012

PTPTN Tidak Wajar Dibubarkan


Semua suka pada ganjaran. Tidak kiralah sama ada ganjaran itu berbentuk wang ataupun sebaliknya. Tetapi selalunya apabila kita dipancing dengan wang, maka pada yang tidak mempunyai jati diri yang teguh, maka sangguplah dia berbuat apa sahaja demi wang itu.
Kata Robert Kiyosaki “Academic qualifications are important and so is financial education. They're both important and schools are forgetting one of them”.
Kata-kata beliau memang tepat dan sangat bernas sekali. Ini kerana kita juga perlukan pengetahuan dalam bidang pengurusan kewangan sama seperti mempunyai Ijazah Sarjana Muda yang diperolehi dari Universiti. Tetapi kita juga sering juga lupa tentang isu pengurusan kewangan ini kerana kita selalu mengaggap ianya bukan tugas kita atau pun ia terlalu sulit untuk dibincangkan dikhalayak ramai.

Seminggu yang lepas, heboh diperkatakan yang Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi
Nasional akan dihapuskan dan akan dijadikan biasiswa bagi menampung pengajian semua mahasiswa dinegara kita. Sebagai bekas peminjam PTPTN, saya sangat menyukai saranan ini kerana ianya sangat menguntungkan. Sekiranya cadangan ini benar, maka saya akan mendapat semua 21 ribu ringgit yang telah saya bayar pada PTPTN bertahun-tahun yang lepas!

Walaubagaimanapun jauh disudut hati saya, cadangan ini hanyalah akan menyusahkan ramai pihak dimasa hadapan. Sebagai contoh, penubuhan PTPTN adalah untuk memberi peluang
pada pelajar-pelajar yang kurang berkemampuan untuk melanjutkan pelajaran mereka ke peringkat yang lebih tinggi. Kepada yang datang dari keluarga berada, maka mereka tidak perlulah mereka memohon kerana jumlah yang akan diluluskan hanyalah sejumlah kecil yang mampu ditanggung oleh ibu bapa mereka. Pada yang miskin pula, pinjaman PTPTN lah penyelamat mereka. Ya, memang mereka akan berhutang, tetapi ianya hanya untuk satu tempoh sahaja dan pada masa yang sama untuk anak-anak mereka kelak, mereka bolehlah menabung dalam Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN) ataupun dibank-bank yang lain setelah menerima gaji setimpal sebagai pemegang ijazah. Sekiranya kita memberi semua biasiswa kepada semua, maka golongan yang beruntung adalah golongan yang kaya. Sebab apa?
Sudahlah mereka kaya, selepas ini akan bertambah kayalah mereka lagi. Sebenarnya PTPTN juga memainkan peranan sebagai pengimbang pembentukan masyarakat yang seimbang dari segi ekonomi kerana hanya yang memerlukan sahaja layak diberi pinjaman penuh. Peranan ini tidak pernah di highlightkan oleh sesiapa pun kan?

Sebab kedua mengapa saya merasakan yang cadangan ini tidak pratikal ialah, sekiranya
dilaksanakan maka akan terkuburlah semua institusi-institusi pendidikan tinggi
swasta (IPTS) yang ada dinegara ini. Ini kerana dengan adanya pendidikan percuma maka dengan sendirinya pelajar-pelajar akan tertarik untuk belajar di tempat yang menyediakan pendidikan percuma dan ia semestinya bukan dari institusi-institusi swasta yang bergantung pada yuran untuk menjana operasi mereka. Disamping itu juga secara logiknya, saya juga akan turut kehilangan pekerjaan akibat daripada penutupan institusi ini. Dengan adanya fungsi PTPTNsekarang, ramai pelajar yang datang dari golongan sederhana dapat melanjutkan
pelajaran mereka di institusi-institusi pengajian swasta dengan memilih kursus (yang mungkin tiada di IPTA seperti kursus robotic dll) yang mereka minati. Sehingga hari ini, ada juga IPTS yang menawarkan Ijazah Sarjana Suda Pengajian Bolasepak ! Pilihan ini akan menjadi suatu yang amat mustahil sekiranya pendidikan percuma yakni penghapusan PTPTN dilaksanakan pada masa akan datang.

Akhir kata saya amat bersetuju dengan kenyataan daripada YM Tengku Razaleigh Hamzah di dalam Malaysian Insider pada 8 April 2012 yang meminta Ibubapa untuk bersama-sama kerajaan membina satu dana untuk pengajian tinggi anak-anak kita. PTPTN telah pun memikirkan perkara itu dengan adanya SSPN. Sumbangan PTPTN terlalu besar untuk dikuburkan begitu sahaja. Sekiranya muhu dihapukanlah jua, buatlah secara perlahan-lahan atau pun berperingkat. Itu mungkin pilihan yang lebih baik?? Saya pun kurang pasti!

Azmir Husni Mohamed Nor
HELP University

No comments:

Post a Comment