Thursday, February 10, 2011

Proton GEN2 Mudah Dicuri?




  • Beberapa bulan lepas, ada cerita menarik mengenai kereta saya Proton Gen2 WPV 9**0

  • Ketika itu, isteri saya yang memandu kereta berkenaan ke Nilai untuk pulang bagi menyelesaikan beberapa perkara

  • Sampai di Nilai, ketika isteri saya cuma keluar sebentar untuk memangil emak keluar dari rumah, anak saya telah menarik dan menutup pintu pemandu dan menekan "lock" kereta saya dari dalam. Enjin kereta pada masa itu pun masih belum dimatikan.

  • Pada mulanya isteri dan mak mertua saya tidak berapa risau mengenai situasi berkenaan sehinggalah mereka menyedari yang kunci "spare" tidak dibawa oleh isteri saya.

  • lebih membimbangkan lagi, Isteri saya pun mulalah cuba untuk memanggil anak yang didalam kereta itu dan memberi arahan agar anak bertuah berkenaan membuka "lock" pintu

  • Alangkah malangnya, anak yang berusia 2 tahun berkenaan gagal membuka "lock" pintu berkenaan walaupun dia faham 100% arahan yang diberikan oleh isteri saya

  • Mulalah episod dimana semua mula panik, lalu tanpa membuang masa isteri saya pun menelifon mekanik berdekat dengan rumah dengan harapan dapatlah dibuka pintu kereta berkenaan

  • Mekanik pun sampai dan setelah menerangkan masalah kami kepada beliau, mekanik itu pun berkata "Gen2 nie susah sikit dik, takpe..... nanti abg try dulu" kata beliau merujuk kepada perkerjaan yang ingin beliau lakukan iaitu untuk membuka pintu berkenaan menggunakan pembaris ala-ala seperti mana yang biasa dilakukan oleh pencuri bagi membuka pintu kereta dan terus mencuri kenderaan berkenaan

  • Tanpa memikirkan bahawa kereta yang bakal dicerobah ini lain sedikit dari kereta-kereta yang lain, abg mekanik berkenaan pun mulalah cuba aksi pencuri kereta pro yang selalu kita tengok di kaca tv.

  • Malangnya setelah 20 min mencuba, masih tiada perubahan. Cermin tingkap bercalar, getah penghalang angin terkopek dan pintu masih belum boleh dibuka. Walaubagaimanapun abg mekanik berkenaan masih tidak mengalah dan masih mencuba dengan aksi-aksi pencuri berkenaan.

  • Setelah lebih setengah jam berlalu dan semakin ramai orang kampun turut menyaksikan "peristiwa" ini, maka isteri saya sudah tidak boleh menahan sabar. Beliau bercadang untuk dipecahkan sahaja tingkap pintu kereta berkenaan bagi membuka "lock" pintu berkenaan.

  • Tanpa membuang masa abang mekanik berkenaan pun mengambil kain batik mak untuk dijadikan alas buku lima beliau bagi memecahkan tingkap kecil di pintu belakang kereta saya

  • Krrrraaaaannnggggg.....berderailah tingkap kecil pada pintu belakang kereta saya......

  • Yang saya peliknya, anak saya yang berada didalam kereta berkenaan tidak pula menangis dalam situasi ini. Beliau hanya tergelak kecik ketika isteri saya memelukanya dan membawa beliau keluar sambil berkata "ramai orang kat umah kita yer ammi".

  • Sesungguhnya pengalaman ini telah menunjukkan bahawa kereta Proton GEN2 amatlah sukar dicuri...mungkin ramai yang tidak percaya tetapi bagi yang dah mengalami pengalaman ini dan juga kepada yang melihat bagaimana abg mekanik itu berhempas pulas cuba membuka pintu kereta saya, bolehlah dikatakan yang sememangnya Proton Gen2 sukar dibuka pintunya dari luar dan mungkin pencuri-pencuri kereta patut memilih kereta lain untuk dicuri!

3 comments:

  1. tapi kalau nak curi juga pun boleh..ikut la idea seperti yg diterangkan di atas..heheehhe

    ReplyDelete
  2. mmg ramai yg kurang tahu...proton gen2 mmg sukar dicuri melainkan dipecahkan cerminnya..

    ReplyDelete