Thursday, July 7, 2016

Ringkasan Cerita Euro 2016


  • Untuk tahun ini, saya tak banyak menonton perlawanan Euro 2016 disebabkan puasa dan juga saya akan berpindah kerja.Walaubagaimana pun saya tetap mengikuti perkembangannya melalui media massa dan juga media sosial.
  • Setakat ini banyak perkara-perkara menarik dapat kita saksikan. Kekalahan pasukan-pasukan pilihan dan juga kemenangan-kemennagna pasukan kerdil menjadi berita yang disebarkan oleh media massa dan juga tidak lupa para netizen.

  • Contohnya negara Iceland. Rakyatnya cuma 300 ribu orang dan kebanykan staff kejurulatihanya adalah part timer seperti doktor gigi dan ada juga pemainya yang berkerja sebagai pengarah filem. Mereka mara sehingga ke suku akhir dan dalam perjalanan itu mereka berjaya menumbangkan pasukan England (salah sebuah pasukan pilihan dimana sewaktu kempen kelayakan, mereka tidak pernah kalah). Impian mereka dihalang oleh pasukan Perancis dengan jarigan 5-2. 
  • Dimasa yang sama Wales juga melakukan perkara yang sama. Tatkala England tersingkir pada peringkat kalah mati, Wales pula mengejutkan pasukan ranking kedua dunia iaitu Belgium dengan jarigan 3-1. Walaubagimana pun impian besar mereke untuk mara ke pusingan akhir dihalang oleh pasukan yang lebih berpengalaman iaitu Portugal. Ini adalah kejayaan paling manis dimana pencapaian ini adalah yang terbaik dalam sejarah bolasepak mereka.
Apa yang boleh kita pelajari

  • FAM perlu ada laporan khas untuk setiap kejohanan seperti ini untuk dianalisa dan hasil dapatan kajian ini haruslah diaplikasikan bagi dijadikan panduan untuk membangunkan bolasepak di Malaysia. Daripada laporan ini, FAM dapat melihat cara baru, kaedah baru ataupun semangat baru untuk membangunkan semula bolasepak Malaysia yang sekarang ini jauh merudum.
  • Kita juga dapat pelajari bahawa impian, harapan dan mimpi haruslah disuburkan dengan pengetahuan dan pengalaman untuk semua pemain untuk merterjemahkannya ditengah padang. Lihat sahaja Iceland, mereka hanya punya impian dimana mereka hanya mahu melakukan yang terbaik di kejohanan ini tanpa memikirkan ranking mereka dan siapa lawan mereka. Manakala Wales pula sudah mula bermimpi untuk bermain di perlawanan akhir pada kejohanan edisi ini. Pokok pangkalnya, berpandangan dan  bersangka baik amatlah dituntut oleh semua pihak dalam menjayakan misi bolasepak kita. Kita mungkin tidak mempunyai pemain yang terbaik, tetapi sekiranya kita mampu berfikir ke arah yang lebih baik, maka itu lebih dituntut bagi memastikan peningkatan yang berterusan bolasepak kita.
  • Suatu ketika dahulu, Menteri Belia dan Sukan kita YB Khairi Jamaluddin ada menyatakan bahawa yang Malaysia tidak punya 'talent pool' yang besar untuk sukan bolasepak negara. Pada mulanya saya bersetuju dengan pendapat ini tetapi apabila melihat dua buah negara kecil boleh berjaya dalam kejohanan seperti ini membuatkan saya berfikir sejenak. Apakah yang menyebabkan mereka boleh berjaya sehingga ke peringkat ini? Iceland contohnya hanya berpopulasikan 300 ribu orang sahaja iaitu hanya 10% dari populasi Malaysia! saya fikir FAM harus memikirkan hal ini dan jalan yang pintas ialah mempelajari terus dari Iceland bagaimana mereka melakukan semua ini. Saya kini menghantar bola kepada FAM untuk difikirkan bagaimana mereka hendak membawa ataupun menyepak bola ini selanjutnya!

  • For this year, I do not watch a lot of matches of Euro 2016 due to fasting and also I am shifting to a new workplace. However, I did follow its development through the mass media and social media. 
  • So far, a lot of  interesting incidents happened during the tournament and the most interesting news were the defeat the favorite teams and  also the win amongst the  minnows disseminated by the mass media and also do not forget by the netizens as well.
  • For example, countries like Iceland. The Population is only at 300 thousand people and the coaching staff is more or less was a part timer like dentists and there are also players working as a film director. They advanced to the quarterfinals and they defeated England, which was one of the favorites (wherein during a qualifying campaign, they have never lost). Their dream was blocked by the French team with score lines of 5-2.
  • At the same the Welsh did the same. When England was eliminated in the knockout stage, Wales surprised the team ranked second in the world, Belgium with the score line of 3-1. However, their big dream to reach the final was blocked by a more experienced team called Portugal. This is definitely their sweetest success and  this obviously the best achievement in their footballing history.
  • FAM should prepare a special report on each tournament like this so they could be analyzed and the results of this study should be applied to serve as a guide in developing our own brand of football. In this report, the FAM could see maybe there are new way, a new method or a new spirit to rebuild our sad state of football in Malaysia.
  • We can also learn our the dreams, hopes and aspirations. It also must be nourished with knowledge and experience to all players to implement it in the middle of the pitch. Just look at Iceland, they had a dream where they just want to do my best in this tournament without looking at their ranking, and who is their opponent. While, Wales is already beginning to dream of playing in the final of this edition of the tournament. In a way,  a positive thinking and approach is highly demanded by all parties to ensure the success of our football. We may not have the best players, but if we are able to think for the better, then it is closer to ensure continuous improvement of our football.
  • Once, the Youth and Sports Minister YB Khairi Jamaluddin have noted that Malaysia does not have the 'talent pool' needed for the sport in our country. At first, I agreed with this opinion, but when you see these two small countries can succeed in a tournament like this, it makes  me think for a moment.  What caused and what  is the reasons behind them to be as successful up to this level? Iceland, for example, only with a population of  300 thousand people, which is only 10% of the population of Malaysia! I think FAM should think about this and the best  way is to learn directly from Iceland how they did this. I have now kicked and pass  the ball to the FAM to consider how they want to take this further and score a goal!
Azmir Husni Mohamed Nor
Dubai, UAE