Monday, February 21, 2011

Meragut Boleh Pecah Kemaluan?

  • Pada pagi yang mulia ini, saya ingin berkongsi berita menarik yang menjadi "front page" bagi akhbar2 di Malaysia. Berita yang pertama adalah disini.

AMPANG: Seorang peragut yang kelam-kabut melarikan diri sejurus meragut beg tangan seorang wanita, terbunuh manakala rakannya parah selepas motosikal dinaiki merempuh kereta mangsa yang ketika itu nekad mengejar penjenayah terbabit di Taman Mega Jaya, Bukit Teratai di sini, semalam.
Tindakan berani arkitek wanita berusia 28 tahun yang juga anak bekas pegawai polis itu membuatkan dua lelaki terbabit panik sehingga mereka masuk ke laluan jalan mati di taman berkenaan sebelum berpatah balik dan merempuh kereta mangsa yang mengejar mereka.

Akibatnya, kedua-dua lelaki terbabit terpelanting ke longkang menyebabkan seorang daripada mereka maut di tempat kejadian selepas kerandut zakarnya pecah, manakala rakannya dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Ampang. Kejadian berlaku kira-kira jam 9 pagi ketika mangsa sedang bersiap ke tempat kerja dan sejurus keluar dari kereta untuk menutup pintu pagar, dua lelaki terbabit meragut beg tangannya yang diletak di tempat duduk hadapan.
Mangsa cuba melawan, tetapi dia ditendang sehingga terjatuh.

  • Saya secara peribadi tidak bersetuju dengan tindakan arkitek muda ini. Manakan tidak, ia memang membahayakan nyawa beliau dan juga ia boleh menyebabkan kerugian yang lebih besar berlaku.
  • Tetapi sekiranya diletakkan ditempat beliau, sebagai lelaki mithali (ceewaahhh) saya akan turut cuba berbuat apa sahaja sama ada mengejar, berkelut, bertumbuk dan lain-lain bagi merampas kembali beg berkenaan.
  • Saya juga turut mencadangkan agar pihak berkuasa tempatan memberi saguhati kepada sesiapa yang bisa munumpaskan penjenayah ragut seperti yang dilakukan oleh saudari Nor Aisyah ini.
  • Saya juga turut mencadangkan agar pihak polis mengumpul dan memantau kes-kes yang dilakukan oleh warga asing ini. Ini kerana kes ini juga membuktikan sebenarnya banyak kes-kes yang dilakukan oleh warga asing ini sering dipandang sepi ataupun dibuat-buat lupa sekiranya ada perbincangan BI-lateral kedua-dua buah negara. Paling tidak pun buatlah perbincangan tertutup untuk menangani hal ini.
  • Yang terakhir, kita cuba adakan "Hari Tanpa Peragut" dimana kita semua diminta bekerjasama dengan pihak polis pada satu-satu hari berkumpul dikawasan stategik yang selalu berlaku kes ragut, agar berkawal dan cuba menangkap peragut sekiranya ada. Disamping itu juga program-program kesedaran juga boleh dilakukan dimana kita boleh pada masa yang sama mengedarkan risalah-risalah, "peper spray" & lain-lain alat yang boleh membantu menumpaskan para peragut sekalian.
  • Kepada anak-anak muda tempatan yang teringin sangat nak jadi peragut.....grentikan jer ler....warga asing pun tumpas, ada hati nak meragut orang.
  • Sekali lagi saya ucapkan tahniah kepada Nor Aisyah dan marilah kita membina Malaysia tanpa peragut.

2 comments:

  1. saya takut beliau akan didakwa dibawah seksyen 302 Kanun Keseksaan atas tuduhan bunuh wahai encik jemircuni..

    ReplyDelete
  2. ooo kan tuan lawyer.....sekarang ianya terletak pada polis untuk menentukan segalanya.....saya berdoa agar beliau dapat diadili sebaik-baiknya....

    ReplyDelete