Monday, August 13, 2012

RESPON kepada surat MEZA dari Sungai Buloh mengenai isu “Olimpik Malaysia tidak gagal?”



Suka saya merujuk kepada surat MEZA dari Sungai Buloh mengenai isu “Olimpik Malaysia tidak gagal?”. Mungkin saudara MEZA ini masih terlalu kecewa dengan prestasi atlet kita pada temasya Olimpik baru-baru ini. Saya juga turut merasakannya. Walaubagaimanapun, saya TIDAK merasakan bahawa melebel pemimpin sukan kita sebagai “LEMBIK” adalah bersesuaian atas kegagalan kita merangkul pingat emas untuk negara.

Dari sudut pentadbir sukan, saya dapati banyak kemajuan-kemajuan yang telah mereka lakukan demi menaikkan mutu sukan kita. Siapa sangka hari ini kita mampu melahikan Pandalela Rinong? 10 tahun yang lalu kita tidak pernah termimpi pun yang kita boleh BERJAYA memenangi pingat gangsa di sukan Olimpik melalui acara terjun wanita. Bakat Pandalela telah dikesan dari usia 8-9 tahun dan sejak umunya 13 tahun, kita telah tempatkan beliau di Sekolah Sukan Bukit Jalil untuk menjalani latihan intensif sebagai penerjun bertaraf dunia.

Satu lagi sukan yang dikatakan popular dan boleh memungut emas ialah Badminton. Sejak dahulu sehingga sekarang ramai yang beranggapan yang kita mampu memungut emas dalam acara itu. Tetapi setelah saya membuat semakan demi semakan, saya masih lagi tidak menjumpai kenyataan dari pentadbir sukan kita yang memaklumkan bahawa kita “PASTI” akan mendapat emas dalam kejohanan Olimpik edisi kali ini. Emas dalam acara badminton adalah “SASARAN” bukanya sesuatu yang pasti diperolehi oleh Datuk Lee Chong Wei. Dan juga sekiranya kita faham keadaan DLCW pada kejohanan Olimpik kali ini, saya merasa amat bangga kerana belaiu masih BERJAYA keperlawanan akhir walaupun bukan berada dalam kondisi terbaik.

Satu lagi sukan yang ada prospek medal ialah berbasikal. Kita sungguh bertuah kerana dikurniakan atlet yang sungguh cekal walaupun mempunyai susuk tubuh yang kecil bagi seorang pelumba basikal. Dalam kes Azizul ini pula, disebabkan beliau tidak mampu menyumbang pingat, maka ramai yang mendesak Dato’ Naim meletak jawatan atas kegagalan terbabit. Pada saya desakan itu amatlah tidak bersesuaian kerena Dato’ Naim ini adalah inidividu yang bertanggung jawab dan berjasa besar dalam membantu Azizul dalam acara lumba basikal. Saya menonton perlumbaan akhir acara Keirin yang disertai Azizul dan ternyata beliau BERJAYA memberi tentangan sengit pada kesemua bekas-bekas pemenang pingat sukan Olimpik pada edisi lepas yang juga lawanya pada perlumbaan berkenaan. Terkini, saya dimaklumkan yang Dato’ Naim mahu melepaskan jawatan terbabit atas desakan-desakan yang diterimanya.

Akhir kalam, sukan Olimpik bukanlah seperti Sukan SEA, Sukan Asia ataupun Sukan Komanwel yang boleh kita raih pingat emasnya dengan mudah. Olimpik itu sendiri adalah satu sukan yang mempunyai semangat yang unik. "Let me win. But if I cannot win, let me be brave in the attempt." Dengan semangat berkenaan jelaslah bahawa KEJAYAAN dalam sukan Olimpik bukanlah hanya semata-mata memenangi pingat emas yang ditawarkan. Kini barulah saya sedari kenapa Malaysia masih tidak mampu memungut emas kerana ramai rakyatnya hanya berminat untuk berbicara soal KEJAYAAN apabila kita memenangi semua emas yang dipertandingkan dalam sukan berkenaan.

Azmir Husni
HELP University

Thursday, August 9, 2012

Dia kata Dia Nak Potong Anunya...Astagfirullah!

  • Pagi ini saya dikejutkan lagi dengan status FB yang bolehlah diletakkan sebagai bertahap longkang.
  • Ada mamat nie namanya Johari Pain (mungkin bukan nama sebenar) berkata yang beliau akan memotong anunya sekiranya Pandalela Rinong atlet terjun negara memenangi pingat disukan olimpik. Gambarnya statusnya adalah seperti dibawah:


  • Inilah padahnya kalau kita suka-suka tulis status yang pelik-pelik. Kan sape susah sekarang??
  • Saya cuba juga mencari mamat nie mengunakan nama Johari Pain, namun results menunjukkan yang dia mungkin telah delete akaun FBnya.
  • Suka saya nyatakan sekali lagi bahawa jangan kita lupa bahawa status kita adalah baju yang kita pakai dialam maya. Buruk ianya, maka buruklah rupa bentuk baju kita. Jangan ingat semua orang tak minat nak baca status kita. Sekiranya kita menulis macam nie, maka ramailah manusia yang berminat nak turut sama dalam sesi menuntut Johari menunaikan janjinya.

Wednesday, August 8, 2012

SEMANGAT KESUKANAN

ISU

  • Umum mengetahui yang kita baru sahaja memperolehi pingat perak daripada pemain perseorangan kita iaitu melalui Datuk Lee Chong Wei pada edisi olimpik kali ini. Beliau telah dikalahkan oleh seteru abadi beliau Lin Dan dari China. Seluruh rakyat Malaysia hampa dengan kekalahan beliau dimana Lee Ching Wei tewas dengan hanya tertinggal 2 mata sahaja.
  • Walaubagaimana pun, saya lebih berminat untuk menyentuh isu lain iaitu isu 8 pemain badminton wanita yang telah diarahkan untuk keluar gelanggang disebabkan mereka tidak bermain bersungguh-sungguh ataupun mereka tidak mempamerkan "Semangat Kesukanan' yang sebenar. Gambar-gambar dan link youtube yang berkaitan disertakan adalah seperti berikut:

http://www.youtube.com/watch?v=aBIIGFBLPB0&feature=related











Tindakan Pegawai Olimpik

  • Menurut artikel dari Daily Telegraph, salah sebuah akhbar di Britain melaporkan:

"The eight players from four teams in the women's doubles competition have been thrown out following an inquiry by the Badminton World Federation in London on Wednesday morning. The expelled players include Chinese World Champions Wang Xiaoli and Yu Yang, who were accused by other players of attempting to throw their ‘dead rubber’ in order to avoid playing China’s No 2 ranked pair before the gold-medal match. The Chinese actions appear to have triggered a response from pairs from South Korea and Indonesia, who in turn tried to lose to subvert the Chinese plan. Since the announcement, Indonesia and South Korea have announced they will appeal the decision though China have yet to say if they will or not. The issue is a major embarrassment to the sport and the Olympics, and prompted strong action from the BWF, which has seen a high number of games affected by withdrawals from matches between Chinese players and pairs in the last year."

  • Ianya semua bermula daripada pasangan China yang dipercayai tidak mahu berlawan sesama sendiri sebelum perlawanan akhir yang akan menentukan warna pingat. Mereka bermain seolah-olah mereka baru sahaja mengenal reket semalam dan hanya tahu membuat servis yang sangkut dijaring ataupun memukul bulu tangkis sehingga keluar gelanggang.
  • Ramai penonton yang menyaksikan perlawanan itu merasa berang dan terus menjerit BOO pada pemain-pemain terbabit. Insiden ini adalah kali pertama berlaku dalam pertandingan Badminton di peringkat olimpik.

Kesimpulan

  • Pasa saya ada 2 pihak yang boleh kita pertanggungjawabkan. Pertama ialah Badminton Worlsd Federation (BWF) dan juga yang lain tidak bukan adalah pemain badminton itu sendiri. Sebagai organisasi yang bertanggungjawab memperkenalkan sistem round-robin buat kali pertama dipentas olimpik, BWF sebenarnya tidak menjangkakan implikasi seperti ini boleh berlaku akibat daripada melaksanakan sistem ini. Ini kerana BWF haruslah mengambil kira sentimen pemain yang sangat-sangat inginkan pingat di olimpik walupun terpaksa meredah badai dan ombak! Selain daripada itu juga, BWF perlu melihat latar belakang pemain-pemain yang terlibat yang majoritinya dari asia. Pemain asia lebih lebih bersifat kolektif iaitu berusaha secara berpasukan dan rela berbuat apa sahaja untuk pasukan mereka manakala pemain-pemain eropah pula bersifat individualistik. Oleh yang demikian pemain asia akan lebih cenderung mengutamakan rakan-rakan sepasukanya daripada perlu berentap sesama mereka. walhal, ini tidak akan terjadi kepada pemain-pemain eropah yang lebih kepada 'Individual Glory Hunter'.
  • Pada masa yang sama, pemain juga haruslah menukar mentaliti 'kiasu' (mereka sebab mereka adalah orang asia) untuk menjadi lebih professional dalam sesetengah perkara. Olimpik adalah tempat untuk kita menunjukkan semangat kesukanan kita dan semangat ini termasuk juga untuk menjadi kompetitif dalam lapangan yang kita ceburi. Contoh yang paling baik adalah pertemuan LCW bertemu Lin Dan. Semangat kesukanan yang menebal terhadap kedua-dua pemain ini patut diberi pujian dan juga dicontohi oleh atlet-atlet muda negara.
  • Semoga atlet-atlet kita akan mendapat pengajaran dari kes pemain badminton wanita ini. Mana tahu mungkin juga pada masa hadapan kita juga akan menghadapi situasi yang sama
MAJULAH SUKAN UNTUK NEGARA

A.HUSNI