Tuesday, February 5, 2013

Biarkanlah Nazmi Pulang Kembali


  • Kes Nazmi adalah suatu kes biasa yang saya dengar. Walaubagaimanapun kes yang saya ikuti bukanlah ‘high profile’ seperti kes Nazmi ini. Kes biasa yang saya dengar ialah kes dimana ramai perantau-perantau ataupun penuntut-penuntut Malaysia yang kembali ke tanah air akibat dari sebab-sebab yang tertentu. 
  • Dalam kes Nazmi ini, saya telah menduga yang kepulangan beliau mempunyai maksud tertentu yang sukar untuk dijelaskan. Beliau memaklumkan bahawa sebab-sebab kepulangan beliau adalah atas sebab-sebab peribadi dan semestinya sebab ini sukar difahami oleh rakyat Malaysia yang meletakkan harapan yang tinggi kepada Nazmi.  

Nazmi mula berlatih bersama PKNS FC
           (http://www.utusan.com.my/utusan/Sukan/20130206/su_01/Saya-minta-maaf)
  • Secara peribadinya saya juga menyokong langkah Nazmi yang mahu pulang ke Malaysia kerana pada saya hanya dia yang tahu apa sebenarnya masalah yang beliau hadapi. Pada umur lebih kurang 18 apalah yang budak muda ini mampu jelmakan dalam fikiran dan perasaan beliau. 
  • Walaupun kita selalu lihat ramai pelajar-pelajar kita melangkah keluar negeri menuntut ilmu, kita juga tidak boleh bandingkan dengan kes Nazmi disebabkan oleh sistem sokongan sosial yang berbeza dengan keadaan yang Nazmi lalui. 
  • Maksud saya, sebagai seorang pelajar luar negeri, kita masih dikelilingi oleh rakan-rakan sebaya yang menuntut di Universiti yang sama bagi menghilangkan kerinduan pada tanah air. 
  • Walhal Nazmi tidak punya semua itu.  Justeru itu pada saya marilah kita berlapang dada dalam menerima kepulangan Nazmi kembali dan mana tahu sekiranya masih ada rezeki, beliau masih boleh menerima tawaran dari luar negara dan mungkin pada masa itu mungkin beliau juga telah matang dari semua segi.    


Azmir Husni Mohamed Nor
Pensyarah
HELP Universiti
Kuala Lumpur