Wednesday, August 8, 2012

SEMANGAT KESUKANAN

ISU

  • Umum mengetahui yang kita baru sahaja memperolehi pingat perak daripada pemain perseorangan kita iaitu melalui Datuk Lee Chong Wei pada edisi olimpik kali ini. Beliau telah dikalahkan oleh seteru abadi beliau Lin Dan dari China. Seluruh rakyat Malaysia hampa dengan kekalahan beliau dimana Lee Ching Wei tewas dengan hanya tertinggal 2 mata sahaja.
  • Walaubagaimana pun, saya lebih berminat untuk menyentuh isu lain iaitu isu 8 pemain badminton wanita yang telah diarahkan untuk keluar gelanggang disebabkan mereka tidak bermain bersungguh-sungguh ataupun mereka tidak mempamerkan "Semangat Kesukanan' yang sebenar. Gambar-gambar dan link youtube yang berkaitan disertakan adalah seperti berikut:

http://www.youtube.com/watch?v=aBIIGFBLPB0&feature=related











Tindakan Pegawai Olimpik

  • Menurut artikel dari Daily Telegraph, salah sebuah akhbar di Britain melaporkan:

"The eight players from four teams in the women's doubles competition have been thrown out following an inquiry by the Badminton World Federation in London on Wednesday morning. The expelled players include Chinese World Champions Wang Xiaoli and Yu Yang, who were accused by other players of attempting to throw their ‘dead rubber’ in order to avoid playing China’s No 2 ranked pair before the gold-medal match. The Chinese actions appear to have triggered a response from pairs from South Korea and Indonesia, who in turn tried to lose to subvert the Chinese plan. Since the announcement, Indonesia and South Korea have announced they will appeal the decision though China have yet to say if they will or not. The issue is a major embarrassment to the sport and the Olympics, and prompted strong action from the BWF, which has seen a high number of games affected by withdrawals from matches between Chinese players and pairs in the last year."

  • Ianya semua bermula daripada pasangan China yang dipercayai tidak mahu berlawan sesama sendiri sebelum perlawanan akhir yang akan menentukan warna pingat. Mereka bermain seolah-olah mereka baru sahaja mengenal reket semalam dan hanya tahu membuat servis yang sangkut dijaring ataupun memukul bulu tangkis sehingga keluar gelanggang.
  • Ramai penonton yang menyaksikan perlawanan itu merasa berang dan terus menjerit BOO pada pemain-pemain terbabit. Insiden ini adalah kali pertama berlaku dalam pertandingan Badminton di peringkat olimpik.

Kesimpulan

  • Pasa saya ada 2 pihak yang boleh kita pertanggungjawabkan. Pertama ialah Badminton Worlsd Federation (BWF) dan juga yang lain tidak bukan adalah pemain badminton itu sendiri. Sebagai organisasi yang bertanggungjawab memperkenalkan sistem round-robin buat kali pertama dipentas olimpik, BWF sebenarnya tidak menjangkakan implikasi seperti ini boleh berlaku akibat daripada melaksanakan sistem ini. Ini kerana BWF haruslah mengambil kira sentimen pemain yang sangat-sangat inginkan pingat di olimpik walupun terpaksa meredah badai dan ombak! Selain daripada itu juga, BWF perlu melihat latar belakang pemain-pemain yang terlibat yang majoritinya dari asia. Pemain asia lebih lebih bersifat kolektif iaitu berusaha secara berpasukan dan rela berbuat apa sahaja untuk pasukan mereka manakala pemain-pemain eropah pula bersifat individualistik. Oleh yang demikian pemain asia akan lebih cenderung mengutamakan rakan-rakan sepasukanya daripada perlu berentap sesama mereka. walhal, ini tidak akan terjadi kepada pemain-pemain eropah yang lebih kepada 'Individual Glory Hunter'.
  • Pada masa yang sama, pemain juga haruslah menukar mentaliti 'kiasu' (mereka sebab mereka adalah orang asia) untuk menjadi lebih professional dalam sesetengah perkara. Olimpik adalah tempat untuk kita menunjukkan semangat kesukanan kita dan semangat ini termasuk juga untuk menjadi kompetitif dalam lapangan yang kita ceburi. Contoh yang paling baik adalah pertemuan LCW bertemu Lin Dan. Semangat kesukanan yang menebal terhadap kedua-dua pemain ini patut diberi pujian dan juga dicontohi oleh atlet-atlet muda negara.
  • Semoga atlet-atlet kita akan mendapat pengajaran dari kes pemain badminton wanita ini. Mana tahu mungkin juga pada masa hadapan kita juga akan menghadapi situasi yang sama
MAJULAH SUKAN UNTUK NEGARA

A.HUSNI

No comments:

Post a Comment