Monday, August 13, 2012

RESPON kepada surat MEZA dari Sungai Buloh mengenai isu “Olimpik Malaysia tidak gagal?”



Suka saya merujuk kepada surat MEZA dari Sungai Buloh mengenai isu “Olimpik Malaysia tidak gagal?”. Mungkin saudara MEZA ini masih terlalu kecewa dengan prestasi atlet kita pada temasya Olimpik baru-baru ini. Saya juga turut merasakannya. Walaubagaimanapun, saya TIDAK merasakan bahawa melebel pemimpin sukan kita sebagai “LEMBIK” adalah bersesuaian atas kegagalan kita merangkul pingat emas untuk negara.

Dari sudut pentadbir sukan, saya dapati banyak kemajuan-kemajuan yang telah mereka lakukan demi menaikkan mutu sukan kita. Siapa sangka hari ini kita mampu melahikan Pandalela Rinong? 10 tahun yang lalu kita tidak pernah termimpi pun yang kita boleh BERJAYA memenangi pingat gangsa di sukan Olimpik melalui acara terjun wanita. Bakat Pandalela telah dikesan dari usia 8-9 tahun dan sejak umunya 13 tahun, kita telah tempatkan beliau di Sekolah Sukan Bukit Jalil untuk menjalani latihan intensif sebagai penerjun bertaraf dunia.

Satu lagi sukan yang dikatakan popular dan boleh memungut emas ialah Badminton. Sejak dahulu sehingga sekarang ramai yang beranggapan yang kita mampu memungut emas dalam acara itu. Tetapi setelah saya membuat semakan demi semakan, saya masih lagi tidak menjumpai kenyataan dari pentadbir sukan kita yang memaklumkan bahawa kita “PASTI” akan mendapat emas dalam kejohanan Olimpik edisi kali ini. Emas dalam acara badminton adalah “SASARAN” bukanya sesuatu yang pasti diperolehi oleh Datuk Lee Chong Wei. Dan juga sekiranya kita faham keadaan DLCW pada kejohanan Olimpik kali ini, saya merasa amat bangga kerana belaiu masih BERJAYA keperlawanan akhir walaupun bukan berada dalam kondisi terbaik.

Satu lagi sukan yang ada prospek medal ialah berbasikal. Kita sungguh bertuah kerana dikurniakan atlet yang sungguh cekal walaupun mempunyai susuk tubuh yang kecil bagi seorang pelumba basikal. Dalam kes Azizul ini pula, disebabkan beliau tidak mampu menyumbang pingat, maka ramai yang mendesak Dato’ Naim meletak jawatan atas kegagalan terbabit. Pada saya desakan itu amatlah tidak bersesuaian kerena Dato’ Naim ini adalah inidividu yang bertanggung jawab dan berjasa besar dalam membantu Azizul dalam acara lumba basikal. Saya menonton perlumbaan akhir acara Keirin yang disertai Azizul dan ternyata beliau BERJAYA memberi tentangan sengit pada kesemua bekas-bekas pemenang pingat sukan Olimpik pada edisi lepas yang juga lawanya pada perlumbaan berkenaan. Terkini, saya dimaklumkan yang Dato’ Naim mahu melepaskan jawatan terbabit atas desakan-desakan yang diterimanya.

Akhir kalam, sukan Olimpik bukanlah seperti Sukan SEA, Sukan Asia ataupun Sukan Komanwel yang boleh kita raih pingat emasnya dengan mudah. Olimpik itu sendiri adalah satu sukan yang mempunyai semangat yang unik. "Let me win. But if I cannot win, let me be brave in the attempt." Dengan semangat berkenaan jelaslah bahawa KEJAYAAN dalam sukan Olimpik bukanlah hanya semata-mata memenangi pingat emas yang ditawarkan. Kini barulah saya sedari kenapa Malaysia masih tidak mampu memungut emas kerana ramai rakyatnya hanya berminat untuk berbicara soal KEJAYAAN apabila kita memenangi semua emas yang dipertandingkan dalam sukan berkenaan.

Azmir Husni
HELP University

No comments:

Post a Comment