Wednesday, July 22, 2009

Surat kepada SHEB

Tengku,

Dari sehari sehari saya nak tulis artikel nie tapi sebab sibuk tak dpt nak luang masa.Izinkan saya untuk memuat naik artikel saya di blog http://azmirhusni.blogspot.com

Saya sejak dahulu dari sudut hati kecil nie, nakkan UMNO atau sesiapa pun memperjuangkan masyarakat Melayu di Bandar. Kini saya sangat gembira apabila "abang" saya sendiri memikul amanah berat ini. Syabas Tengku!!

ok,sebab yang nyata pada pandangan saya mengapa ada perlunya pembelaan untuk penduduk2 di bandar adalah seperti berikut:

1) Sudah lama kebajikan ataupun isu bandar ini kurang diambil perhatian oleh pihak yang berkuasa. Yang paling tinggi pun suatu masa dahulu kita hanya boleh adukan kepada DBKL. Seingat saya sejak tahun 70'an Kementerian Wilayah ada diwujudkan tapi dibubarkan selepas itu. Pada era Tun Abdullah, Kementerian ini diwujudkan semula. Ini tanda jelas bahawa kerajaan sudah mula nampak untuk memperjuangkan nasib kawan2 kita yang tinggal dibandar.Bukan juga saya nak menidakkan yang UMNO bahagian di KL nie tidak main peranan, tapi yerlah kita faham bahawa DBKL hanya sebuah badan kerajaan yang mempunyai peranan dan skop kerja yang terhad bagi menampung keperluan2 penduduk bandar yang semakin hari semakin banyak.

2)Kalau Tengku sedar, dalam PRU12 tempoh hari, kebanyakkan peralihan undi adalah sebabkan oleh kawan2 kita yang tinggal dibandar dan apabila pulang ketempat asal mereka mempengaruhi orang kampung mereka untuk mengundi pembangkang. Mungkin saya salah tapi inilah tafsiran saya setakat yang saya mampu. Dakwaan mereka org kampung ini ada juga benarnya. Kata mereka orang bandar sendiri pun kini hidup susah, bagaimana pula nasib kami kampung yang serba kekurangan ini???. Walaupun pada saya tidak semestinya penduduk kampung itu akan merasa susah sekiranya kawan2 mereka dibandar sudah susah....tak semestinya!!!...inilah sebabnya kita hilang undi penduduk luar bandar dek cerita-ceriti serta masalah dan masaelah dari kawan2 yang tinggal dibandar.

Sehubungan dengan itu, bila saya mendapati Tengku dengan aktifnya menjayakan pelbagai program SHEB ini, saya amat bersyukur pada ilahi kerana akhirnya ditunaikan juga permintaan saya walaupun tidak pernah memberitahu sesiapa pun mengenainya sehingga saat ini.

Syabas SHEB..teruskan usaha anda memperjuagkan nasib kaum melayu dibandar.

azmir
Dubai
22/7/09

No comments:

Post a Comment