Sunday, February 6, 2011

Pilihanraya Umum Dah Nak Dekat




  • Kalau kita rajin kelek-kelek surat khabar, tentu kita boleh perasan yang sekarang nie dah nak dekat pilihanraya Umum

  • Mana tak nya, banyak betul cerita bantuan-bantuan yang diberikan oleh kerajaan ketika ini. Kalau tak caya tengok sini. Pada masa yang sama juga PM pun mengambil peluang untuk berjumpa dengan semua YB-YB di Sarawak. Menurut beliau ia bukan kerana pilihanraya, tetapi pada pandangan saya mungkin sebagai maklumat awal yang ingin dikumpul oleh PM sama ada pilihanraya boleh dilaksanakan dalam masa terdekat ini ataupun ada isu-isu lain yang dibincangkan. Maklumat lanjut di sini

  • Kalau tak caya lagi, cuba korang pegi tengok pulak digital media, suma Radio & Tv asyik memaparkan cerita bantuan ini.

  • Kepada yang dapat habuan ini, tahniah dan gunakan bantuan itu sebaik mungkin

  • Yang tak dapat tu, janganlah berputus asa, carilah peluang lain dan mungkin juga bukan rezeki kita

  • Cuma yang pastinya. pilihanraya memang dah dekat laa nie.

  • Pada yang dah berumur 21 tahun, cepat-cepatlah pergi mendaftar sebagai pengundi. Nak daftar senang jer. Pegi pejabat pos bawak IC dan mintak didaftarkan sebagai pengundi. Kejap jer. Takde laa sampai berejam-jam lamanya

  • Bukan apa, ramai yang masih lagi tak mendaftar jadi pengundi. Tapi bila ada isu banyak pulak komen itu tak betul ini tak betul. So masa mengundi nie lah korang nyatakan hasrat hati korang mengunakan kuasa korang dengan cara yang betul

  • Oleh yang demikian bilakah agaknya pilihan raya umum akan dijalankan??? sapa boleh teka ????? ramalan saya kalau takde masalah besar dalam tahun ini juga sebelum bulan puasa dan raya.....so agak-agak laa bila (congakan dari penganalisis politik amatur)

  • Akhir sekali, Sudah kah kita mendaftar sebagai pengundi????


Wassalam

1 comment:

  1. aku pun rasa mcm tu jugak.....sbb aku borak2 ngan bapak aku dia pun berpendapat mcm ko ....

    ReplyDelete