Saturday, May 9, 2015

Johor Sultan's call for English medium schools to be implemented here in Malaysia

I have a different view on the Johor Sultan's call for English medium schools to be implemented here in Malaysia particularly in Johor. For me, picking a good teacher should be the dealt with utmost care and importance. This is because a person who teaches our students should have the required qualities before allowing them to start teaching. I have an experience meeting with some of my colleagues who happened to be teachers and most of them are clueless on what should be done in order to improve our education standards. They are just happy going to school and then go back home at about 3-4 pm. That is why we do not tap the best ever possible performance from our school students because our teachers are mediocre. Even for those teachers with an A in English for their SPM (which sometimes the only A they got) will not bring benefits to the student as he or she lacks the depth to teach any subjects given to them. That is why I do believe that the answer to this is to pick the best among the best like our neighbors Singapore did where they picked the cream-de-la-cream of their students to be the top paying job in the government which being a school teacher. How cool is that?

Teachers for me should be the 'front movers' in our country. They should be the role model in everything they do and this also includes being able to convince the kid's parent (who sometimes are highly experience and more qualified than the teachers themselves) on what is best for their children. I know it is not easy by as Pink the singer of her songs suggest that we all should "You gotta get up and try..try...try". Hahhaha. Last but not least, my proposal to the government is to ask the PSD or JPA to allocate some of our best students to be teachers. Yay or Nay?

#themalaymailonline.com
#kamleskumar

Saturday, January 17, 2015

KISAH ANTARA GADIS BERTUDUNG BERPELUKAN BERSAMA ARTIS KOREA DAN BAJU KURUNG SEKSI DI MALAYA!

Dua minggu lepas kita telah dikejutkan dengan 2 kes yang berkait rapat dengan tajuk di atas iatu kes gadis melayu bertudung melakukan ‘aksi’ kurang manis bersama artis K-pop di ats pentas dan juga kes seorang pelajar perempuan tingkatan 3 dihalau balik kerana memakai baju kurung.
            Umum juga mengetahui bahawa tudung dan baju kurung adalah pakaian wajib bagi umat islam untuk menutup aurat mereka. Pakaian ini juga merupakan simbol kepatuhan agama yang disyariatkan oleh Islam ke atas peganut-penganutnya. Walaubagaimana pun ramai diantara kita yang masih kurang mengerti mentafsirkan bagaimana kita seorang Islam harus bertindak atau member reaksi ke atas kes-kes seperti ini. Ramai yang hanya mencedok dari pandangan sempit mereka dan seterusnya menjatuhkan hukuman pada si pesalah tanpa memikirkan sisi keadilan dalam Islam itu sendiri.
            Lebih buruk lagi, media social telah juga memainkan peranan mereka dengan menyebarkan lebih banyak pendedahan dengan  kadar yang amat pantas dan sukar dikawal oleh sesiapa pun. Maka bagi saya kes gadis melayu bertudung melakukan ‘aksi’ kurang manis bersama artis K-pop di ats pentas itu juga laku seperti pisang goring panas yang tidak henti-henti menghuni ‘timeline’ Facebook saya. Dalam kes ini saya lihat gadis ini mungkin dipeluk ataupun memeluk artis korea berkenaan dan gambar dan video mereka pantas tersebar. Bagi saya memang benar mereka ini bersalah kerana mengingkari hukum Allah dan juga mencemarkan kesucian tudang yang mereka pakai itu. Walaubagaimanapun saya juga tidak bersetuju untuk mereka ini dihukum dan didenda terus hanya disebabkan mereka melakukan perkara-perkara berkenaan. Bagaimana pula artis kita yang berdua-duan dan berdakap sesama mereka di dalam tv tanpa ikatan yang sah? Mengapakah mereka masih belum dihukum? Disinilah sebenarnya kebijaksanaan kita diuji.
            Kes kedua pula menceritakan tentang seorang pelajar perempuan tingkatan 3 dihalau balik kerana memakai baju kurung. Sekali baca tajuk ini akan mengambarkan bahawa sekolah ini amatlah keras undang-undangnya. Kementarian juga melalui menterinya telah pun menegaskan bahawa tiada arahan untuk menidakan pelajar bukan melayu untuk memaikai baju kurung. Walaubagaimanpun  reaksi guru besar sekolah ini yang menghangatkan suasana dimana beliau mendakwa pelajar berkenaan tidak mengenakan butang yang sepatututnya sekiranya seseorang pelajar itu berbaju kurung. Bagi saya sekiranya hanya tidak memakai butang atau mingkin baju kurung itu ‘too revealing’ atau ‘mendedahkan’ asset mereka, maka pada saya pihak sekolah juga tidak harus pantas memaksa pelajar berkenaan pulang ke rumah dan menyuruh pula memakai baju Pinefore.
            Bagi saya, pengajaran yang boleh kita ambil dari kedua-dua kes ini adalah pihak berwajib haruslah lebih bijak menangani isu-isu ini. Ini kerana banyak keputusan yang dibuat oleh mereka tidak merujuk pada sumber-sumber yang sahih dan terkini. Semuanya dilakukan dengan cara ‘asal siap sudah’ tanpa memikirkan hak-hak yang dimiliki juga oleh pihak yang dituduh. Saya memilih untuk mengingatkan pihak berwajib kerana saya ingin melihat pihak berkuasa kita agar lebih berhati-hati dalam membuat keputusan-keputusan penting seperti kes-kes kontroversi di atas. Pada saya, elemen pendidikan haruslah dahulu di tonjolkan oleh pihak berwajib dan bukan hanya sekadar mahu menghukum. Mari kita fokuskan lebih banyak keputusan kita dengan memperbanykkan kajian dan pendidikan sebelum kita menetapkan hukuman yang sewajarnya. Dizaman serba pantas ini, kita juga tidak boleh bertindak terburu-buru dalam melakukan kerja kita. Oleh yang demikian adalah molek sekiranya pihak berwajib juga pantas menambah pengetahuan mereka sendiri untuk tidak ketinggalan dalam menjalankan tugasan harian mereka.

Azmir Husni Mohamed Nor
Ketua Jabatan Komunikasi
HELP Universiti.
18/1/201

Tuesday, February 5, 2013

Biarkanlah Nazmi Pulang Kembali


  • Kes Nazmi adalah suatu kes biasa yang saya dengar. Walaubagaimanapun kes yang saya ikuti bukanlah ‘high profile’ seperti kes Nazmi ini. Kes biasa yang saya dengar ialah kes dimana ramai perantau-perantau ataupun penuntut-penuntut Malaysia yang kembali ke tanah air akibat dari sebab-sebab yang tertentu. 
  • Dalam kes Nazmi ini, saya telah menduga yang kepulangan beliau mempunyai maksud tertentu yang sukar untuk dijelaskan. Beliau memaklumkan bahawa sebab-sebab kepulangan beliau adalah atas sebab-sebab peribadi dan semestinya sebab ini sukar difahami oleh rakyat Malaysia yang meletakkan harapan yang tinggi kepada Nazmi.  

Nazmi mula berlatih bersama PKNS FC
           (http://www.utusan.com.my/utusan/Sukan/20130206/su_01/Saya-minta-maaf)
  • Secara peribadinya saya juga menyokong langkah Nazmi yang mahu pulang ke Malaysia kerana pada saya hanya dia yang tahu apa sebenarnya masalah yang beliau hadapi. Pada umur lebih kurang 18 apalah yang budak muda ini mampu jelmakan dalam fikiran dan perasaan beliau. 
  • Walaupun kita selalu lihat ramai pelajar-pelajar kita melangkah keluar negeri menuntut ilmu, kita juga tidak boleh bandingkan dengan kes Nazmi disebabkan oleh sistem sokongan sosial yang berbeza dengan keadaan yang Nazmi lalui. 
  • Maksud saya, sebagai seorang pelajar luar negeri, kita masih dikelilingi oleh rakan-rakan sebaya yang menuntut di Universiti yang sama bagi menghilangkan kerinduan pada tanah air. 
  • Walhal Nazmi tidak punya semua itu.  Justeru itu pada saya marilah kita berlapang dada dalam menerima kepulangan Nazmi kembali dan mana tahu sekiranya masih ada rezeki, beliau masih boleh menerima tawaran dari luar negara dan mungkin pada masa itu mungkin beliau juga telah matang dari semua segi.    


Azmir Husni Mohamed Nor
Pensyarah
HELP Universiti
Kuala Lumpur

Friday, October 12, 2012

Journey or Destination?


As for me, I always believe the journey is more important than the destination. It’s simply because, to reach to any particular destination, one has to endure the journey first before reaching to the endpoint. Most of the time, the journey itself can determine the mood that we are in before reaching the place. 

As my mom used to tell me when I was a kid, “You can only be happy when we all reached at the beach but for the mean time, you have to put ON HOLD to your happy feeling”. As a kid I was easily enticed with the idea that you should be happy wherever you are. If I am going to an interesting place tomorrow, today I have already been wondering happily on how does that place look like before even reaching there. 




So, If I am given a chance to be driving the B-Class,  I will definitely enjoy the experience as the car itself do not need much introduction about the level of comfort, class and quality that belongs to the brand. I will definitely enjoy the journey to the fullest and I hope to spread the enjoyment to others who followed me as well.

See--Evaluate--Pray

Sunday, October 7, 2012

Yaya's Happiness

For her, happiness is about playing.

Playing makes her happy and for her happiness doesn't cost a thing.

But for me, happiness does cost RM200 (to buy that swing)



However, the RM200 price tag is actually priceless comparing to the smile i will get each and every time she will play with the swing.



and each time she says thank you to me.

That is the ROI!...how much was it again? naahhh don't bother yaya.

As long as you love to play with it, bapak will also gonna be happy for you.

Wednesday, September 12, 2012


“If you were to stuck in an ordinary supermarket flooded with seawater together with the not-so-friendly shark, name us THREE(3) items you would use to protect yourself“

URL:http://azmirhusni.blogspot.com/

1) Shark fin Soup - I will pour all over my body with the shark fin soup so i will smell like them. Therefore they will think that i am of them. That is my step 1.

2) Scissors - I will try to get close to them as i have already smelled like them (hopefully my undercover duty works!) and with me is a pair of scissors to poke the shark's eyes with it. This is my step 2.

3) Fire extinguisher - Since now the shark has been blind, it's the best time to set a trap with the fire extinguisher attached to it. It is for the purpose of shooting at it and the fire extinguisher will blow and definitely will kill the sharks isn't it? Was it something similar with the Jaws Movie ending?? Well, who cares about that?...:-) As long as we are safe from threats of the shark!. That is my final step.

So how's my plan?

http://www.youtube.com/watch?v=U1twPzE04sM&feature=player_embedded

Monday, August 13, 2012

RESPON kepada surat MEZA dari Sungai Buloh mengenai isu “Olimpik Malaysia tidak gagal?”



Suka saya merujuk kepada surat MEZA dari Sungai Buloh mengenai isu “Olimpik Malaysia tidak gagal?”. Mungkin saudara MEZA ini masih terlalu kecewa dengan prestasi atlet kita pada temasya Olimpik baru-baru ini. Saya juga turut merasakannya. Walaubagaimanapun, saya TIDAK merasakan bahawa melebel pemimpin sukan kita sebagai “LEMBIK” adalah bersesuaian atas kegagalan kita merangkul pingat emas untuk negara.

Dari sudut pentadbir sukan, saya dapati banyak kemajuan-kemajuan yang telah mereka lakukan demi menaikkan mutu sukan kita. Siapa sangka hari ini kita mampu melahikan Pandalela Rinong? 10 tahun yang lalu kita tidak pernah termimpi pun yang kita boleh BERJAYA memenangi pingat gangsa di sukan Olimpik melalui acara terjun wanita. Bakat Pandalela telah dikesan dari usia 8-9 tahun dan sejak umunya 13 tahun, kita telah tempatkan beliau di Sekolah Sukan Bukit Jalil untuk menjalani latihan intensif sebagai penerjun bertaraf dunia.

Satu lagi sukan yang dikatakan popular dan boleh memungut emas ialah Badminton. Sejak dahulu sehingga sekarang ramai yang beranggapan yang kita mampu memungut emas dalam acara itu. Tetapi setelah saya membuat semakan demi semakan, saya masih lagi tidak menjumpai kenyataan dari pentadbir sukan kita yang memaklumkan bahawa kita “PASTI” akan mendapat emas dalam kejohanan Olimpik edisi kali ini. Emas dalam acara badminton adalah “SASARAN” bukanya sesuatu yang pasti diperolehi oleh Datuk Lee Chong Wei. Dan juga sekiranya kita faham keadaan DLCW pada kejohanan Olimpik kali ini, saya merasa amat bangga kerana belaiu masih BERJAYA keperlawanan akhir walaupun bukan berada dalam kondisi terbaik.

Satu lagi sukan yang ada prospek medal ialah berbasikal. Kita sungguh bertuah kerana dikurniakan atlet yang sungguh cekal walaupun mempunyai susuk tubuh yang kecil bagi seorang pelumba basikal. Dalam kes Azizul ini pula, disebabkan beliau tidak mampu menyumbang pingat, maka ramai yang mendesak Dato’ Naim meletak jawatan atas kegagalan terbabit. Pada saya desakan itu amatlah tidak bersesuaian kerena Dato’ Naim ini adalah inidividu yang bertanggung jawab dan berjasa besar dalam membantu Azizul dalam acara lumba basikal. Saya menonton perlumbaan akhir acara Keirin yang disertai Azizul dan ternyata beliau BERJAYA memberi tentangan sengit pada kesemua bekas-bekas pemenang pingat sukan Olimpik pada edisi lepas yang juga lawanya pada perlumbaan berkenaan. Terkini, saya dimaklumkan yang Dato’ Naim mahu melepaskan jawatan terbabit atas desakan-desakan yang diterimanya.

Akhir kalam, sukan Olimpik bukanlah seperti Sukan SEA, Sukan Asia ataupun Sukan Komanwel yang boleh kita raih pingat emasnya dengan mudah. Olimpik itu sendiri adalah satu sukan yang mempunyai semangat yang unik. "Let me win. But if I cannot win, let me be brave in the attempt." Dengan semangat berkenaan jelaslah bahawa KEJAYAAN dalam sukan Olimpik bukanlah hanya semata-mata memenangi pingat emas yang ditawarkan. Kini barulah saya sedari kenapa Malaysia masih tidak mampu memungut emas kerana ramai rakyatnya hanya berminat untuk berbicara soal KEJAYAAN apabila kita memenangi semua emas yang dipertandingkan dalam sukan berkenaan.

Azmir Husni
HELP University