Suka saya merujuk kepada surat
MEZA dari Sungai Buloh mengenai isu “Olimpik Malaysia tidak gagal?”. Mungkin
saudara MEZA ini masih terlalu kecewa dengan prestasi atlet kita pada temasya
Olimpik baru-baru ini. Saya juga turut merasakannya. Walaubagaimanapun, saya TIDAK merasakan bahawa melebel pemimpin
sukan kita sebagai “LEMBIK” adalah
bersesuaian atas kegagalan kita merangkul pingat emas untuk negara.
Dari sudut pentadbir sukan, saya
dapati banyak kemajuan-kemajuan yang telah mereka lakukan demi menaikkan mutu
sukan kita. Siapa sangka hari ini kita mampu melahikan Pandalela Rinong? 10
tahun yang lalu kita tidak pernah termimpi pun yang kita boleh BERJAYA memenangi pingat gangsa di
sukan Olimpik melalui acara terjun wanita. Bakat Pandalela telah dikesan dari
usia 8-9 tahun dan sejak umunya 13 tahun, kita telah tempatkan beliau di
Sekolah Sukan Bukit Jalil untuk menjalani latihan intensif sebagai penerjun
bertaraf dunia.
Satu lagi sukan yang dikatakan
popular dan boleh memungut emas ialah Badminton. Sejak dahulu sehingga sekarang
ramai yang beranggapan yang kita mampu memungut emas dalam acara itu. Tetapi
setelah saya membuat semakan demi semakan, saya masih lagi tidak menjumpai
kenyataan dari pentadbir sukan kita yang memaklumkan bahawa kita “PASTI” akan mendapat emas dalam
kejohanan Olimpik edisi kali ini. Emas dalam acara badminton adalah “SASARAN” bukanya sesuatu yang pasti
diperolehi oleh Datuk Lee Chong Wei. Dan juga sekiranya kita faham keadaan DLCW
pada kejohanan Olimpik kali ini, saya merasa amat bangga kerana belaiu masih BERJAYA keperlawanan akhir walaupun
bukan berada dalam kondisi terbaik.
Satu lagi sukan yang ada prospek
medal ialah berbasikal. Kita sungguh bertuah kerana dikurniakan atlet yang
sungguh cekal walaupun mempunyai susuk tubuh yang kecil bagi seorang pelumba
basikal. Dalam kes Azizul ini pula, disebabkan beliau tidak mampu menyumbang
pingat, maka ramai yang mendesak Dato’ Naim meletak jawatan atas kegagalan
terbabit. Pada saya desakan itu amatlah tidak bersesuaian kerena Dato’ Naim ini
adalah inidividu yang bertanggung jawab dan berjasa besar dalam membantu Azizul
dalam acara lumba basikal. Saya menonton perlumbaan akhir acara Keirin yang
disertai Azizul dan ternyata beliau BERJAYA
memberi tentangan sengit pada kesemua bekas-bekas pemenang pingat sukan Olimpik
pada edisi lepas yang juga lawanya pada perlumbaan berkenaan. Terkini, saya dimaklumkan
yang Dato’ Naim mahu melepaskan jawatan terbabit atas desakan-desakan yang
diterimanya.
Akhir kalam, sukan Olimpik bukanlah seperti Sukan
SEA, Sukan Asia ataupun Sukan Komanwel yang boleh kita raih pingat emasnya
dengan mudah. Olimpik itu sendiri adalah satu sukan yang mempunyai semangat
yang unik. "Let me win. But if I
cannot win, let me be brave in the attempt." Dengan semangat berkenaan
jelaslah bahawa KEJAYAAN dalam sukan
Olimpik bukanlah hanya semata-mata memenangi pingat emas yang ditawarkan. Kini
barulah saya sedari kenapa Malaysia masih tidak mampu memungut emas kerana
ramai rakyatnya hanya berminat untuk berbicara soal KEJAYAAN apabila kita memenangi semua emas yang dipertandingkan
dalam sukan berkenaan.
Azmir Husni
HELP University
No comments:
Post a Comment