Dua minggu lepas kita telah
dikejutkan dengan 2 kes yang berkait rapat dengan tajuk di atas iatu kes gadis
melayu bertudung melakukan ‘aksi’ kurang manis bersama artis K-pop di ats
pentas dan juga kes seorang pelajar perempuan tingkatan 3 dihalau balik kerana
memakai baju kurung.
Umum juga
mengetahui bahawa tudung dan baju kurung adalah pakaian wajib bagi umat islam
untuk menutup aurat mereka. Pakaian ini juga merupakan simbol kepatuhan agama
yang disyariatkan oleh Islam ke atas peganut-penganutnya. Walaubagaimana pun
ramai diantara kita yang masih kurang mengerti mentafsirkan bagaimana kita
seorang Islam harus bertindak atau member reaksi ke atas kes-kes seperti ini. Ramai
yang hanya mencedok dari pandangan sempit mereka dan seterusnya menjatuhkan
hukuman pada si pesalah tanpa memikirkan sisi keadilan dalam Islam itu sendiri.
Lebih buruk
lagi, media social telah juga memainkan peranan mereka dengan menyebarkan lebih
banyak pendedahan dengan kadar yang amat
pantas dan sukar dikawal oleh sesiapa pun. Maka bagi saya kes gadis melayu
bertudung melakukan ‘aksi’ kurang manis bersama artis K-pop di ats pentas itu
juga laku seperti pisang goring panas yang tidak henti-henti menghuni ‘timeline’
Facebook saya. Dalam kes ini saya lihat gadis ini mungkin dipeluk ataupun
memeluk artis korea berkenaan dan gambar dan video mereka pantas tersebar. Bagi
saya memang benar mereka ini bersalah kerana mengingkari hukum Allah dan juga mencemarkan
kesucian tudang yang mereka pakai itu. Walaubagaimanapun saya juga tidak
bersetuju untuk mereka ini dihukum dan didenda terus hanya disebabkan mereka
melakukan perkara-perkara berkenaan. Bagaimana pula artis kita yang berdua-duan
dan berdakap sesama mereka di dalam tv tanpa ikatan yang sah? Mengapakah mereka
masih belum dihukum? Disinilah sebenarnya kebijaksanaan kita diuji.
Kes kedua
pula menceritakan tentang seorang pelajar perempuan tingkatan 3 dihalau balik
kerana memakai baju kurung. Sekali baca tajuk ini akan mengambarkan bahawa
sekolah ini amatlah keras undang-undangnya. Kementarian juga melalui menterinya
telah pun menegaskan bahawa tiada arahan untuk menidakan pelajar bukan melayu
untuk memaikai baju kurung. Walaubagaimanpun
reaksi guru besar sekolah ini yang menghangatkan suasana dimana beliau mendakwa
pelajar berkenaan tidak mengenakan butang yang sepatututnya sekiranya seseorang
pelajar itu berbaju kurung. Bagi saya sekiranya hanya tidak memakai butang atau
mingkin baju kurung itu ‘too revealing’ atau ‘mendedahkan’ asset mereka, maka
pada saya pihak sekolah juga tidak harus pantas memaksa pelajar berkenaan
pulang ke rumah dan menyuruh pula memakai baju Pinefore.
Bagi saya,
pengajaran yang boleh kita ambil dari kedua-dua kes ini adalah pihak berwajib
haruslah lebih bijak menangani isu-isu ini. Ini kerana banyak keputusan yang dibuat
oleh mereka tidak merujuk pada sumber-sumber yang sahih dan terkini. Semuanya
dilakukan dengan cara ‘asal siap sudah’ tanpa memikirkan hak-hak yang dimiliki
juga oleh pihak yang dituduh. Saya memilih untuk mengingatkan pihak berwajib
kerana saya ingin melihat pihak berkuasa kita agar lebih berhati-hati dalam
membuat keputusan-keputusan penting seperti kes-kes kontroversi di atas. Pada
saya, elemen pendidikan haruslah dahulu di tonjolkan oleh pihak berwajib dan bukan
hanya sekadar mahu menghukum. Mari kita fokuskan lebih banyak keputusan kita
dengan memperbanykkan kajian dan pendidikan sebelum kita menetapkan hukuman
yang sewajarnya. Dizaman serba pantas ini, kita juga tidak boleh bertindak
terburu-buru dalam melakukan kerja kita. Oleh yang demikian adalah molek sekiranya
pihak berwajib juga pantas menambah pengetahuan mereka sendiri untuk tidak ketinggalan
dalam menjalankan tugasan harian mereka.
Azmir Husni Mohamed
Nor
Ketua Jabatan
Komunikasi
HELP Universiti.
18/1/201
No comments:
Post a Comment