Wednesday, September 12, 2012
“If you were to stuck in an ordinary supermarket flooded with seawater together with the not-so-friendly shark, name us THREE(3) items you would use to protect yourself“
URL:http://azmirhusni.blogspot.com/
1) Shark fin Soup - I will pour all over my body with the shark fin soup so i will smell like them. Therefore they will think that i am of them. That is my step 1.
2) Scissors - I will try to get close to them as i have already smelled like them (hopefully my undercover duty works!) and with me is a pair of scissors to poke the shark's eyes with it. This is my step 2.
3) Fire extinguisher - Since now the shark has been blind, it's the best time to set a trap with the fire extinguisher attached to it. It is for the purpose of shooting at it and the fire extinguisher will blow and definitely will kill the sharks isn't it? Was it something similar with the Jaws Movie ending?? Well, who cares about that?...:-) As long as we are safe from threats of the shark!. That is my final step.
So how's my plan?
http://www.youtube.com/watch?v=U1twPzE04sM&feature=player_embedded
Monday, August 13, 2012
RESPON kepada surat MEZA dari Sungai Buloh mengenai isu “Olimpik Malaysia tidak gagal?”
Thursday, August 9, 2012
Dia kata Dia Nak Potong Anunya...Astagfirullah!
- Pagi ini saya dikejutkan lagi dengan status FB yang bolehlah diletakkan sebagai bertahap longkang.
- Ada mamat nie namanya Johari Pain (mungkin bukan nama sebenar) berkata yang beliau akan memotong anunya sekiranya Pandalela Rinong atlet terjun negara memenangi pingat disukan olimpik. Gambarnya statusnya adalah seperti dibawah:
- Inilah padahnya kalau kita suka-suka tulis status yang pelik-pelik. Kan sape susah sekarang??
- Saya cuba juga mencari mamat nie mengunakan nama Johari Pain, namun results menunjukkan yang dia mungkin telah delete akaun FBnya.
- Suka saya nyatakan sekali lagi bahawa jangan kita lupa bahawa status kita adalah baju yang kita pakai dialam maya. Buruk ianya, maka buruklah rupa bentuk baju kita. Jangan ingat semua orang tak minat nak baca status kita. Sekiranya kita menulis macam nie, maka ramailah manusia yang berminat nak turut sama dalam sesi menuntut Johari menunaikan janjinya.
Wednesday, August 8, 2012
SEMANGAT KESUKANAN
ISU
- Umum mengetahui yang kita baru sahaja memperolehi pingat perak daripada pemain perseorangan kita iaitu melalui Datuk Lee Chong Wei pada edisi olimpik kali ini. Beliau telah dikalahkan oleh seteru abadi beliau Lin Dan dari China. Seluruh rakyat Malaysia hampa dengan kekalahan beliau dimana Lee Ching Wei tewas dengan hanya tertinggal 2 mata sahaja.
- Walaubagaimana pun, saya lebih berminat untuk menyentuh isu lain iaitu isu 8 pemain badminton wanita yang telah diarahkan untuk keluar gelanggang disebabkan mereka tidak bermain bersungguh-sungguh ataupun mereka tidak mempamerkan "Semangat Kesukanan' yang sebenar. Gambar-gambar dan link youtube yang berkaitan disertakan adalah seperti berikut:
http://www.youtube.com/watch?v=aBIIGFBLPB0&feature=related

Tindakan Pegawai Olimpik
- Menurut artikel dari Daily Telegraph, salah sebuah akhbar di Britain melaporkan:
"The eight players from four teams in the women's doubles competition have been thrown out following an inquiry by the Badminton World Federation in London on Wednesday morning. The expelled players include Chinese World Champions Wang Xiaoli and Yu Yang, who were accused by other players of attempting to throw their ‘dead rubber’ in order to avoid playing China’s No 2 ranked pair before the gold-medal match. The Chinese actions appear to have triggered a response from pairs from South Korea and Indonesia, who in turn tried to lose to subvert the Chinese plan. Since the announcement, Indonesia and South Korea have announced they will appeal the decision though China have yet to say if they will or not. The issue is a major embarrassment to the sport and the Olympics, and prompted strong action from the BWF, which has seen a high number of games affected by withdrawals from matches between Chinese players and pairs in the last year."
- Ianya semua bermula daripada pasangan China yang dipercayai tidak mahu berlawan sesama sendiri sebelum perlawanan akhir yang akan menentukan warna pingat. Mereka bermain seolah-olah mereka baru sahaja mengenal reket semalam dan hanya tahu membuat servis yang sangkut dijaring ataupun memukul bulu tangkis sehingga keluar gelanggang.
- Ramai penonton yang menyaksikan perlawanan itu merasa berang dan terus menjerit BOO pada pemain-pemain terbabit. Insiden ini adalah kali pertama berlaku dalam pertandingan Badminton di peringkat olimpik.
Kesimpulan
- Pasa saya ada 2 pihak yang boleh kita pertanggungjawabkan. Pertama ialah Badminton Worlsd Federation (BWF) dan juga yang lain tidak bukan adalah pemain badminton itu sendiri. Sebagai organisasi yang bertanggungjawab memperkenalkan sistem round-robin buat kali pertama dipentas olimpik, BWF sebenarnya tidak menjangkakan implikasi seperti ini boleh berlaku akibat daripada melaksanakan sistem ini. Ini kerana BWF haruslah mengambil kira sentimen pemain yang sangat-sangat inginkan pingat di olimpik walupun terpaksa meredah badai dan ombak! Selain daripada itu juga, BWF perlu melihat latar belakang pemain-pemain yang terlibat yang majoritinya dari asia. Pemain asia lebih lebih bersifat kolektif iaitu berusaha secara berpasukan dan rela berbuat apa sahaja untuk pasukan mereka manakala pemain-pemain eropah pula bersifat individualistik. Oleh yang demikian pemain asia akan lebih cenderung mengutamakan rakan-rakan sepasukanya daripada perlu berentap sesama mereka. walhal, ini tidak akan terjadi kepada pemain-pemain eropah yang lebih kepada 'Individual Glory Hunter'.
- Pada masa yang sama, pemain juga haruslah menukar mentaliti 'kiasu' (mereka sebab mereka adalah orang asia) untuk menjadi lebih professional dalam sesetengah perkara. Olimpik adalah tempat untuk kita menunjukkan semangat kesukanan kita dan semangat ini termasuk juga untuk menjadi kompetitif dalam lapangan yang kita ceburi. Contoh yang paling baik adalah pertemuan LCW bertemu Lin Dan. Semangat kesukanan yang menebal terhadap kedua-dua pemain ini patut diberi pujian dan juga dicontohi oleh atlet-atlet muda negara.
- Semoga atlet-atlet kita akan mendapat pengajaran dari kes pemain badminton wanita ini. Mana tahu mungkin juga pada masa hadapan kita juga akan menghadapi situasi yang sama
A.HUSNI
Monday, April 9, 2012
PTPTN Tidak Wajar Dibubarkan

Seminggu yang lepas, heboh diperkatakan yang Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi
Nasional akan dihapuskan dan akan dijadikan biasiswa bagi menampung pengajian semua mahasiswa dinegara kita. Sebagai bekas peminjam PTPTN, saya sangat menyukai saranan ini kerana ianya sangat menguntungkan. Sekiranya cadangan ini benar, maka saya akan mendapat semua 21 ribu ringgit yang telah saya bayar pada PTPTN bertahun-tahun yang lepas!
Walaubagaimanapun jauh disudut hati saya, cadangan ini hanyalah akan menyusahkan ramai pihak dimasa hadapan. Sebagai contoh, penubuhan PTPTN adalah untuk memberi peluang
pada pelajar-pelajar yang kurang berkemampuan untuk melanjutkan pelajaran mereka ke peringkat yang lebih tinggi. Kepada yang datang dari keluarga berada, maka mereka tidak perlulah mereka memohon kerana jumlah yang akan diluluskan hanyalah sejumlah kecil yang mampu ditanggung oleh ibu bapa mereka. Pada yang miskin pula, pinjaman PTPTN lah penyelamat mereka. Ya, memang mereka akan berhutang, tetapi ianya hanya untuk satu tempoh sahaja dan pada masa yang sama untuk anak-anak mereka kelak, mereka bolehlah menabung dalam Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN) ataupun dibank-bank yang lain setelah menerima gaji setimpal sebagai pemegang ijazah. Sekiranya kita memberi semua biasiswa kepada semua, maka golongan yang beruntung adalah golongan yang kaya. Sebab apa?
Sudahlah mereka kaya, selepas ini akan bertambah kayalah mereka lagi. Sebenarnya PTPTN juga memainkan peranan sebagai pengimbang pembentukan masyarakat yang seimbang dari segi ekonomi kerana hanya yang memerlukan sahaja layak diberi pinjaman penuh. Peranan ini tidak pernah di highlightkan oleh sesiapa pun kan?
Sebab kedua mengapa saya merasakan yang cadangan ini tidak pratikal ialah, sekiranya
dilaksanakan maka akan terkuburlah semua institusi-institusi pendidikan tinggi
swasta (IPTS) yang ada dinegara ini. Ini kerana dengan adanya pendidikan percuma maka dengan sendirinya pelajar-pelajar akan tertarik untuk belajar di tempat yang menyediakan pendidikan percuma dan ia semestinya bukan dari institusi-institusi swasta yang bergantung pada yuran untuk menjana operasi mereka. Disamping itu juga secara logiknya, saya juga akan turut kehilangan pekerjaan akibat daripada penutupan institusi ini. Dengan adanya fungsi PTPTNsekarang, ramai pelajar yang datang dari golongan sederhana dapat melanjutkan
pelajaran mereka di institusi-institusi pengajian swasta dengan memilih kursus (yang mungkin tiada di IPTA seperti kursus robotic dll) yang mereka minati. Sehingga hari ini, ada juga IPTS yang menawarkan Ijazah Sarjana Suda Pengajian Bolasepak ! Pilihan ini akan menjadi suatu yang amat mustahil sekiranya pendidikan percuma yakni penghapusan PTPTN dilaksanakan pada masa akan datang.
Akhir kata saya amat bersetuju dengan kenyataan daripada YM Tengku Razaleigh Hamzah di dalam Malaysian Insider pada 8 April 2012 yang meminta Ibubapa untuk bersama-sama kerajaan membina satu dana untuk pengajian tinggi anak-anak kita. PTPTN telah pun memikirkan perkara itu dengan adanya SSPN. Sumbangan PTPTN terlalu besar untuk dikuburkan begitu sahaja. Sekiranya muhu dihapukanlah jua, buatlah secara perlahan-lahan atau pun berperingkat. Itu mungkin pilihan yang lebih baik?? Saya pun kurang pasti!
Azmir Husni Mohamed Nor
HELP University
Monday, February 27, 2012
4 Soalan untuk Pelajar KOM3403 Pengucapan Awam
- Kenapa anda mengambil kursus ini?
- Apakah ekspektasi anda untuk subjek ini?
- Apakah ekspektasi anda untuk pensyarah subjek ini?
- Siapakah idola anda dalam dunia pengucapan awam?
Hasil kajian:
1. Kenapa anda mengambil kursus ini?
-untuk mempelajari teknik yang betul untuk pengucapan awam
-untuk mengurangkan stage fright
-untuk meningkatkn keyakinan diri sendiri sewaktu berucap
-untuk berkomunikasi dengan baik
-untuk melengkapkan jam kredit subjek wajib
2. Apakah ekspektasi anda untuk subjek ini?
-Dapat mempelajari teknik-teknik yang betul dalam berkomunikasi dan cara-cara yang terbaik dalam pengucapan awam
-Dapat mengawal kegugupan dan pada masa yang sama dapat mendalami cara-cara berucap secara spontan
-Dapat skor A / markah tinggi
-Dapat pengalaman membuat presentatsi dengan kerap
3.Apakah ekspektasi anda untuk pensyarah subjek ini?
-Mengajar dengan baik, kelakar dan tidak membosankan
-jangan strict. lebih flexible
-membantu pelajar untuk berucap dengan lebi baik
-bermurah hati memberi markah
-berkongsi ilmu
-boleh balik awal selalu
4.Siapakah idola anda dalam dunia pengucapan awam?
-Dr. Mahathir
-Perdana Menteri
-Najib Razak
-Steve Job
-Martin Luther King
-Lady Gaga
-Anwar Ibrahim
-Nik Aziz
-Hitler
-Chua Soi Lek
-Jozan
-Ustaz Azhar Idrus
-Ustaz Don
-Tiada
Monday, February 20, 2012
Course Outline KOM3403 PENGUCAPAN AWAM
PEMBELAJARAN
PELAJAR : 120
HASIL PEMBELAJARAN : Pelajar dapat:
1. menghuraikan teknik mengumpul isi ucapan secara sistematik (C4)
2. menyampaikan ucapan berdasarkan objektif berucap (P4)
3. menerangkan teknik menyampaikan ucapan dengan berkesan di hadapan audien. (A3)
4. membuat pembentangan secara jelas dengan penuh keyakinan dan bersesuaian dengan tahap
pendengar (CS, LL).
SINOPSIS : Kursus ini merangkumi konsep dan teknik pengucapan awam. Kemahiran komunikasi bukan lisan dan penggunaan alat bantu turut diberikan penekanan.
(This course covers the concepts and techniques of public speaking. The skills of non verbal communication and the use of audio-visual aids are emphasized).
KANDUNGAN : Jam Pembelajaran Bersemuka
1. Pengenalan dan ulang kaji konsep komunikasi. 4
- definisi komunikasi.
- jenis komunikasi.
- model komunikasi.
- komunikasi lisan dan bukan lisan.
- komunikasi awam.
- definisi pengucapan awam.
- unsur pengucapan awam.
- prinsip asas pengucapan awam.
- jenis ucapan.
- tujuan ucapan.
2. Keresahan berkomunikasi dan kaedah mengawalnya. 4
- takrif keresahan berkomunikasi.
- punca psikologikal keresahan berkomunikasi.
- punca fisiologikal keresahan berkomunikasi.
- petanda psikologikal keresahan berkomunikasi.
- petanda fisiologikal keresahan berkomunikasi.
- mengawal keresahan berkomunikasi.
3. Analisis audiens, majlis dan situasi. 2
- ciri demografik audiens.
- ciri situasi audiens.
- analisis majlis dan situasi ucapan.
4. Pengumpulan dan penyusunan maklumat untuk ucapan informatif. 2
- sumber maklumat ucapan.
- strukturucapan informatif.
5. Penentuan fokus topik ucapan. 2
- kaedah sarang labah-labah.
- contoh sarang labah-labah.
6. Penulisan rangka ucapan. 1
- format rangka ucapan.
- contoh rangka ucapan.
7. Teknik membuka dan menutup ucapan. 4
- merancang pengenalan ucapan.
- susunan protokol dalam ucapan.
- merancang penutup ucapan.
8. Kawalan suara dalam ucapan. 2
- unsur suara.
- mengawal suara dalam ucapan.
9. Bahasa badan. 2
- unsur bahasa badan.
- prinsip penggayaan bahasa badan.
10. Teknik menjawab soalan. 1
- teknik menjawab soalan mudah.
- teknik menjawab soalan sukar.
11. Penganalisis dan kritikan ucapan. 1
- mengenal pasti teks ucapan.
- memahami teks ucapan.
- item kritikan dalam teks ucapan.
12. Ucapan Khas. 2
- ucapan pengerusi majlis.
- ucapan perasmian majlis.
- memperkenalkan pengucap.
13. Teknik menangani gangguan. 1
- menangani gangguan senyap.
- menangani gangguan terang-terangan.
Jumlah 28
TUTORIAL :
1. Mengenal pasti topik ucapan informatif 1
2. Menyediakan sarang labah-labah berdasarkan tajuk ucapan 1
3. Merangka format ucapan informatif. 1
4. Mencari isi ucapan. 1
5. Merancang pengenalan ucapan informatif. 1
6. Merancang penutup ucapan informatif. 1
7. Menulis rangka ucapan (speech outline). 1
8. Menyediakan nota ucapan. 1
9. Menyediakan alat bantu. 1
10. Membuat latihan berucap. 1
11. Menyampaikan ucapan. 3
12. Mengkritik ucapan. 1
Jumlah 14
PENILAIAN : Kerja Kursus 60%
Peperiksaan Akhir 40%
RUJUKAN :
1. David, Z. (2007). Public Speaking: Strategies
for Success. 5th ed.London: Allyn & Bacon.
2. James W. C., Bernard L. B., Dale A. B., & James M. (2007). Methods of
rhetorical criticism. London: Roxbury Publishing Co.
3. Lucas, S.E. (2005). The art of public speaking. 8th ed. Boston: McGraw-Hill.
4. Phillips, G.M. (2005). Speaking in public and private. Indianapolis: Bobs-Merill
Educational Publishing.
5. Philipos, C. L. (2007). Speech Enhancement: Theory
and Practice. London: CRC Press.
Sumber: http://dl.dropbox.com/u/63981212/KOM3403%20Pengucapan%20Awam.doc






