- Kalau tanya semua orang, ramai yang mungkin nak jadi calon pilihanraya atau lebih dikenali sebagai wakil rakyat.
- Ada juga yang kata ia adalah perjuangan ikhlas nak berbakti pada nusa dan bangsa.
- Pada saya kalau sekarang nie nak jadi calon pilihanraya bukannya senang. Dah laa kena dicalonkan daripada banyak calon-calon lain. Pulak tu kadang-kadang kena ada team lobby yang kuat untuk membantu kita dicalonkan. Kalau takde, jangan mimpiler kata orang....:-)
- Lagi satu perkara, baru-baru nie, kalau kita sedar, ramai calon-calon wakil rakyat nie akan menghadapi situasi dimana mereka ini akan melalui proses yang mengaibkan dari parti lawan mereka pada masa-masa kempen sebelum proses pengundian bermula.
- Sebagai contoh, di Pilihan raya DUN Tenang yang akan menjelang pada hujung minggu ini. Calon PAS Cikgu Mala telah pun dibuka cerita peribadinya satu - per satu dimulakan dengan suami beliau yang mengambil MC untuk membantu kempen pilihan rayanya.
- Isu ini bukan berlaku pada calon PAS sahaja malahan Calon BN juga satu ketika dahulu juga turun "dilondehkan" cerita peribadi beliau dikhalayak umum dimana beliau mempunyai 2 isteri pada masa yang sama.
- Ini menunjukkan bahawa pada pilihanraya-pilihanraya kecil, kecenderungan-kecenderungan "cybertroopers-cybertroopers" mencari kelemahan calon amatlah tinggi dan ia seterunya dihebahkan dengan penuh sensasi.
- Pengajaranya disini adalah sebelum kita menwarkan diri untuk menjadi wakil rakyat, hendaklah kita mencermin diri kita dahulu sebelum kita "dibogelkan" oleh parti lawan kita. Pada masa yang sama kita juga sebagai pengundi harus bijak memilih calon yang berwibawa dan yang paling penting sekali ialah seseorang yang dapat membantu menyelesaikan masalah-masalah masyarakat setempat.
- Siapakah pula akan "dibogelkan" pula di DUN Merlimau pula selepas ini???
No comments:
Post a Comment